Khamis, 25 Mac 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk


 

PERKARA

 

 

KETERANGAN

 

BUKTI TEKS

 

WATAK

 

Alim

 

 

Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung.

Datuk

Kelihatan datuk berdiri di hadapan reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama.

 

Nenek

Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim.

 

Ibu dan Bapa

Ibu dan bapa pula sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta.

 

Abang Imran

Abang Imran dan kak Madinah juga mengangkat beg masing-masing ke dalam rumah nenek dan datuk.

 

Kak Madinah

Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.

 

Aisyah

Aisyah sibuk mencari permainan yang tertinggal di celah-celah kerusi di dalam kereta.

 

 

LATAR TEMPAT

 

Kampung nenek dan datuk di Kajang

 

 

Alim akan pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang.

 

Di dalam kereta

Ibu dan bapa pula sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta.

 

Reban ayam lama

Nenek dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban.

 

Reban ayam baharu

Alim berjalan dengan nenek ke arah reban baharu.

 

Di dalam rumah nenek dan datuk

Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa.

 

Ruang tamu rumah nenek dan datuk

Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.

 

Dapur rumah nenek dan datuk

Kelihatan dari dapur, Alim ketawa bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.

 

 

LATAR MASA

 

30 minit perjalanan

 

Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai.

 

 

LATAR MASYARAKAT

 

Masyarakat yang tinggal di kampung

 

 

Alim akan pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang.

 

Masyarakat yang hidup berkasih sayang

Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga rapat.

 

Masyarakat yang saling membantu

Abang Imran dan kak Madinah juga mengangkat beg masing-masing ke dalam rumah nenek dan datuk.

 

 

EMOSI POSITIF

 

Gembira

 

Alim tersenyum melihat ayam dan itik.

 

Teruja

Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung.

 

 

EMOSI NEGATIF

 

Sedih

 

Ibu dan bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim hari ini.

 

Marah

Alim marah. Alim menangis.

 









Fatin Nur Syazierra binti Sahril 203303



BBM3410-2021-MINGGU 1A

  Biodata ke ni? Tak lah, kongsi sikit 😉

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Hai, salam kenal. Saya Fatin Nur Syazierra binti Sahril (203303). Tapi panggil Atin sajer weh. Umur dah 23 tahun, asal Kuala Lumpur. Sekarang tengah struggle ya habiskan degree kat UPM, jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu. Selalu orang tanya, "Eh ambil bahasa Melayu tak cukup Melayu lagi ke diri tu?" Kita guna prinsip pedulikan kata-kata itu dan alhamdulillah, dah second year (Wuhuu ). Doakan lah dapat first class degree graduate nanti, idok ler jenuh nak bayor balik hutang PTPTN. Ngeh berangan. Takpe, berangan kan free kome-kome semua. Zaman millenia ni, nak masuk tandas awam pun kena bayor 30sen. Nasib ler, ye dok?

Kalau nak cerita tentang hobi, macam tak ada. (Entah, sebab suka buat semua kot) Cuma, kalau ada waktu lapang tu saya suka buat puisi sendiri. Dulu masa Diploma saya ambil jurusan Penulisan Artistik bawah Fakulti Filem, Teater dan Animasi kat UiTM Puncak Perdana. UiTM dihatiku katanya 💖. Jadinya, memang dah terdedah dengan penulisan dan timbul minat dari situ. (Tapi, sejak sekolah lagi suka menulis. Orang kata, nerd-nerd gitu) Ah sekali lagi kita guna prinsip pedulikan kata-kata itu and just be yourself girl! Go Atin, Go!

Kalau nak cerita tentang pengalaman kerja part-time, memang habis je SPM dah melilau cari kerja. Kerja pertama kat KFC Jalan Raja Laut. Macam biasa kalau kerja fast food ni, masuk-masuk kerja kena jadi budak bawahan lah mencuci itu ini. Selang dua minggu, upgrade sikit jadi cashier. Kemudian, masa cuti semester Diploma pun sama juga kerja fast food lagi ya anak-anak. Burger King Sunway Putra. Paling lama kerja kat Burger King sebab merasa dua kali resign. Haaa pernah juga kerja kat 7-Eleven area rumah, tapi tak lama sebab ada kes samun berparang. Hmm idok ler nak kerja lama-lama. Pernah juga kerja jadi Cikgu Tadika Smart Iltizam. Paling best sebab kerja tak stress. Stress pun dengan budak-budak, apa lah sangat kan? Yang terbaru cuti semester musim corona ni, dapat kerja kat Daiso Bukit Bintang. Best juga sambil kerja sambil window shopping. Eh menyempat! Dulu masa diploma rajin juga jadi agen jual chocojar. Laku teruk sebab jual dari bilik ke bilik. Gigih betul cari duit ya. Tapi best, sebab dapat pengalaman. 

Okay, dah habis kenalkan diri. Kalau nak kenal lebih-lebih kena open table dulu. Ngopi secawan dua ke. Ngehhhh.

Stay safe pipol 😷



Fatin Nur Syazierra binti Sahril (203303)


SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...