Khamis, 25 Mac 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

  Biodata ke ni? Tak lah, kongsi sikit 😉

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Hai, salam kenal. Saya Fatin Nur Syazierra binti Sahril (203303). Tapi panggil Atin sajer weh. Umur dah 23 tahun, asal Kuala Lumpur. Sekarang tengah struggle ya habiskan degree kat UPM, jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu. Selalu orang tanya, "Eh ambil bahasa Melayu tak cukup Melayu lagi ke diri tu?" Kita guna prinsip pedulikan kata-kata itu dan alhamdulillah, dah second year (Wuhuu ). Doakan lah dapat first class degree graduate nanti, idok ler jenuh nak bayor balik hutang PTPTN. Ngeh berangan. Takpe, berangan kan free kome-kome semua. Zaman millenia ni, nak masuk tandas awam pun kena bayor 30sen. Nasib ler, ye dok?

Kalau nak cerita tentang hobi, macam tak ada. (Entah, sebab suka buat semua kot) Cuma, kalau ada waktu lapang tu saya suka buat puisi sendiri. Dulu masa Diploma saya ambil jurusan Penulisan Artistik bawah Fakulti Filem, Teater dan Animasi kat UiTM Puncak Perdana. UiTM dihatiku katanya 💖. Jadinya, memang dah terdedah dengan penulisan dan timbul minat dari situ. (Tapi, sejak sekolah lagi suka menulis. Orang kata, nerd-nerd gitu) Ah sekali lagi kita guna prinsip pedulikan kata-kata itu and just be yourself girl! Go Atin, Go!

Kalau nak cerita tentang pengalaman kerja part-time, memang habis je SPM dah melilau cari kerja. Kerja pertama kat KFC Jalan Raja Laut. Macam biasa kalau kerja fast food ni, masuk-masuk kerja kena jadi budak bawahan lah mencuci itu ini. Selang dua minggu, upgrade sikit jadi cashier. Kemudian, masa cuti semester Diploma pun sama juga kerja fast food lagi ya anak-anak. Burger King Sunway Putra. Paling lama kerja kat Burger King sebab merasa dua kali resign. Haaa pernah juga kerja kat 7-Eleven area rumah, tapi tak lama sebab ada kes samun berparang. Hmm idok ler nak kerja lama-lama. Pernah juga kerja jadi Cikgu Tadika Smart Iltizam. Paling best sebab kerja tak stress. Stress pun dengan budak-budak, apa lah sangat kan? Yang terbaru cuti semester musim corona ni, dapat kerja kat Daiso Bukit Bintang. Best juga sambil kerja sambil window shopping. Eh menyempat! Dulu masa diploma rajin juga jadi agen jual chocojar. Laku teruk sebab jual dari bilik ke bilik. Gigih betul cari duit ya. Tapi best, sebab dapat pengalaman. 

Okay, dah habis kenalkan diri. Kalau nak kenal lebih-lebih kena open table dulu. Ngopi secawan dua ke. Ngehhhh.

Stay safe pipol 😷



Fatin Nur Syazierra binti Sahril (203303)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...