Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.
Assalamualaikum semua. Jumpa lagi kita pada entri kali ni.
Dan... Selamat Hari Raya!!
Hehehe...
Raya kedua haritu saya ada buat video tau. Nama video ni video setempat. Ha kalau nak tahu video setempat tu apa, tengok video saya kat bawah ni tau. Nak tekan link youtube tu pun boleh jugak. Tak panjang pun video ni, lima minit je. Sambil tu boleh makan kuih raya.
Haaaa tapi sebelum tu, saya nak cerita sikitlah langkah-langkah yang saya ambil untuk merakamkan video setempat ni. Mudah je tau sebenarnya nak buat video setempat ni. Lebih kurang macam kita buat IG story.
Langkah-langkah:
1. Sediakan storyboard atau papan cerita. Ni nak mudahkan untuk rakam video nanti. Jadi takde lah terputus idea kat tengah jalan.
2. Bila dah nampak flow video yang saya nak rakam ni, saya start kemas dan hias tempat yang terlibat. Ha dalam video ni saya guna meja makan di ruang tamu rumah.
3. Cuba praktis dengan pelakon tambahan / model. Jadinya dalam video nanti takde lah kekok sangat. Saya guna khidmat adik perempuan saya je. Hehe
4. Untuk langkah keempat, saya setup kamera apa yang patut bersesuaian dengan tema video setempat dan pastikan kedudukan saya tidak berubah.
5. Pastikan lighting on point! Haha ini wajib ya. Kita kalau nak OOTD pun gigih cari lighting nak nampak flawless. Tak gitu? Haha
6. Start rakam dan enjoy je!
Ha ni serba sikit lah langkah-langkah yang saya guna untuk rakam video setempat ni. Semoga menjadi manfaat untuk awak yang sudi baca blog saya. Okay dah jom kita tengok video saya.
Selamat menonton semuaaaaaaaaa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan