Rabu, 9 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

Assalamualaikum. Hai semuaaa. 

Jumpa lagi kita minggu ni. Kalau ikutkan dah minggu 11 ni, hehe. Okay yang menariknya minggu ni, Prof. kami dijemput oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam rancangan sembang tamu untuk berkongsi pandangan dan pengalaman beliau.

Dan apa yang menariknya ialah tajuk sembang tamu ni sangat relevan dengan masyarakat Malaysia sekarang terutamanya anak-anak muda remaja macam saya. Hehe. Ha nak tahu tajuk dia?


DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI


Haa menarik kan? Sebab rata-rata masyarakat sekarang memang layan kdrama. Sebab apa? Sebab OPPA lah, apa lagi.. Hahaha.

Tapi jangan risau, Prof. Normaliza berikan pandangan beliau dari sudut yang sangat positif berkaitan drama korea ni. Nak tahu apa yang Prof. kami kongsikan? Jom kita tengok video ulangan kat bawah atau tekan je link Youtube tu okay?

Selamat menonton semua!



Sumber Youtube DBPMalaysia: https://youtu.be/zNx2BjyJmlA



Haa macam mana? Best kan perkongsian rancangan ni. Okay, sekarang saya pulak nak kongsi dengan awak semua progress saya sebelum, semasa dan selepas rancangan ni. Jom, kita lihat sama-sama.


SEBELUM
Saya ada promosikan rancangan ni kat tiga platform sosial media sebelum bermulanya rancangan.


Instagram


Twitter


Facebook


SEMASA
Sepanjang rancangan dijalankan pula, saya mengambil peluang untuk bertanyakan soalan yang berkaitan.


Prof. sempat menjawab persoalan saya ni. Jawab beliau, terpulang kepada ibu bapa itu sendiri dalam memilih drama-drama atau filem-filem yang bersesuaian dengan umur anak-anak mereka. Ibu bapa yang perlu memainkan peranan dalam mengawal dan mengawasi setiap apa yang ditonton oleh anak-anak terutama sekali yang masih dibawah umur. Tapi tak perlu risau, sebab sekarang semua drama dan filem sudah ditapis sebelum disiarkan di televisyen dan memberi peringatan had umur di awal siaran. Terjawab sudah persoalan saya, terima kasih Prof.


SELEPAS
Berakhir je rancangan, tiba masa untuk memberi komen pula dalam tiga platform sosial media. Beri pendapat dan pandangan terhadap keseluruhan rancangan.


Instagram


Facebook


Twitter

Selesai sudah untuk tugasan saya pada kali ni. Jumpa di lain entri ye kawan-kawan semua. 

Stay tuned!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...