Khamis, 1 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


Pendekatan Analisis Wacana (2018)

 

PENDEKATAN ANALISIS WACANA

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

 

 

PRA-ANDAIAN

 

 

EMOSI

 

NILAI DAN BUDAYA

 

BAHASA

 

INFERENS

 

Intuisi

 

Positif

 

Diri

 

Bahasa pertama/ kedua/ ketiga

 

Rumusan keseluruhan

 

 

Konteks;

 

Penerimaan/ Penafian

 

Keperluan

 

Perujukan

 

Anafora

 

Pengulangan

 

Kekaburan

 

Penegasan

 

Negatif

 

Masyarakat

 

Formal/ tidak formal

 

Rumusan topik perbincangan

 

 

Emosi Bercampur;

 

Perangai

 

Personaliti

 

Mood

 

Motivasi

 

Adat;

 

Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan.

 

Berdikari, hemah tinggi. keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan.

 

Hormat-menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat.

 

Keadilan, kebebasan, rasional.


 

Kesalahan bahasa


 

Penutup kata

 

Linguistik


Pendekatan analisis wacana oleh Normaliza Abd Rahim (2018) merupakan beberapa kajian yang dijalankan dengan penglibatan ujaran dan interaksi daripada keseluruhan masyarakat tidak mengenal usia. Terdapat lima elemen yang diaplikasikan dalam pendekatan ini. Elemen pertama iaitu pra-andaian merupakan perkara yang dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan hujah atau perbuatan. 


Pra-andaian mengandungi dua aspek iaitu intuisi dan konteks. Intuisi bererti kebolehan seseorang memahami sesuatu perkara dengan tidak memerlukan pemikiran rasional mahupun intelektual atau lebih mudah dikenali sebagai gerak hati. Manakala konteks pula terdiri dari aspek penerimaan atau penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.


Elemen kedua ialah emosi yang bererti sebuah perasaan yang boleh diransang oleh pemikiran dan tingkah laku yang wujud dalam diri setiap individu. Emosi boleh dilihat dengan mata kasar menerusi perangai, personaliti, mood dan motivasi diri. Emosi positif dan emosi negatif merupakan dua aspek yang tidak asing lagi dalam elemen ini. 


Nilai dan budaya dianalisiskan daripada aspek diri, masyarakat dan adat. Ia merangkumi nilai-nilai seperti jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan, berdikari, berhemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan, hormat-menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan dan rasional.


Bahasa pertama/ kedua/ ketiga dan lain-lain dianalisis pada elemen bahasa yang boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Dalam elemen ini, kesalahan bahasa dan aspek linguistik turut diketengahkan. Akhir sekali ialah elemen inferens yang mengandungi tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Ketiga-tiga aspek ini amat penting dianalisis dalam menghasilkan sebuah tulisan yang sempurna.





FATIN NUR SYAZIERRA BINTI SAHRIL 203303


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...