Khamis, 1 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

Rujukan:

Normaliza Abd. Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.


 ELEMEN ASAS GRAFIK

 

MUDAH

 

• Visual atau gambaran yang jelas untuk difahami.

• Tiada sebarang kekeliruan dalam menyampaikan mesej.

•  Contoh; sekeping gambar seutas jam berwarna hitam di atas meja mudah menjelaskan kepada mereka yang melihatnya.

 

  

WARNA

 

• Satu atau kombinasi beberapa warna yang terdapat pada gambar.

• Warna yang ada mewakili pada mesej yang ingin disampaikan.

• Contoh; iklan makanan segera yang menggunakan tiga warna sahaja menonjolkan lagi grafik tersebut.


 

TEKS

 

• Jenis dan saiz font yang terdapat dalam gambar atau video.

• Kandugan dalam teks bertujuan memberikan pemahaman terhadap grafik.

• Contoh; iklan produk makanan dengan disertai teks "Lazat dan Mengenyangkan." Maka teks tersebut perlu ditulis dengan besar menggunakan jenis font yang menarik.

 

 

KESESUAIAN

 

• Grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa dan latar watak.

• Tiap watak mahupun bahan dalam grafik perlu bersesuaian antara satu sama lain.

• Contoh; sekeping gambar seorang lelaki mengenakan seluar pendek dan berkaca hitam berlatar belakangkan pemandangan laut. Maka, grafik tersebut bersesuaian dengan situasi.

 

 

KESEIMBANGAN

 

• Ruang kosong yang ada dalam visual atau video.

• Ruang grafik yang sama berat.

• Contoh; iklan produk kosmetik yang divisualkan di bahagian tengah, di bahagian atas terdapat susunan teks "Sama-sama Cantik" manakala bahagian kiri dan kanan dibiarkan kosong. Maka grafik ini mempunyai keseimbangan yang baik.

 







FATIN NUR SYAZIERRA BINTI SAHRIL 203303

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...