Khamis, 8 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-MUGSHOT

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.


Nota:

Mug Shot ialah gambar yang diambil untuk memfokuskan pada bahagian muka sahaja. Kedudukan kamera harus dekat dengan bahagian muka bagi memperlihatkan raut wajah yang sebenar tanpa sebarang suntingan atau penambahan. Maka, seseorang itu akan mudah untuk dikenali oleh sesiapa sahaja yang melihat gambar tersebut.


1. Gembira

















Model: Fatin Nur Syazierra 

Huraian: 
Gembira merupakan sebuah perasaan yang digambarkan oleh seseorang dengan menyimpulkan senyuman manis pada wajahnya. Perasaan gembira ini menunjukkan aura positif dan pelbagai jenis senyuman boleh diperlihatkan sama ada senyum simpul, senyum genit, senyum tulus dan senyum sehingga menampakkan gigi.

2. Sedih








 



 



 




Model: Fatin Nur Syazierra

Huraian: 
Sedih merupakan sebuah perasaan negatif yang berduka cita dan tidak menyenangkan bagi seseorang. Adakala apabila seseorang itu sedih, riak wajah mereka akan natural dan ada juga sedih yang menitiskan air mata.

3. Takut



 






 


 


 



Model: Fatin Nur Syazierra

Huraian:
Takut menggambarkan perasaan tidak senang duduk dan berasa gelisah akan sesuatu perkara. Riak wajah seseorang apabila mengalami perasaan takut begitu jelas kelihatan dengan kening yang berkerut.

4. Geram

 


 


 


 


 


 



Model: Fatin Nur Syazierra

Huraian: 
Perasaan geram adalah disebabkan oleh panas hati atau sakit hati terhadap sesuatu perkara. Tetapi mungkin juga disebabkan oleh sesuatu perkara yang comel sehingga menimbulkan perasaan geram dalam hati seseorang.

5. Marah

 




 


 


 


 


 



Model: Fatin Nur Syazierra

Huraian:
Marah merupakan sebuah perasaan tidak puas hati akan sesuatu perkara dan berlakunya pertelingkahan atau pergaduhan. Jelas riak wajah bengis pada seseorang yang sedang marah.

6. Terkejut

 


 


 


 


 


 



Model: Fatin Nur Syazierra

Huraian:
Terkejut akan membuatkan seseorang mempamerkan ekspresi wajah yang amat berbeza dengan asal. Mereka akan membulatkan mata dan membuka mulutnya seperti mempersoalkan sesuatu.

7. Ketawa




 


 


 


 


 



Model: Fatin Nur Syazierra

Huraian:
Ketawa adalah disebabkan oleh perasaan geli hati dan menghiburkan. Kebiasaannya, apabila ketawa seseorang itu akan membuka mulutnya dan turut kelihatan jelas giginya.





Fatin Nur Syazierra binti Sahril 203303



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...