Jumaat, 23 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.




Assalamualaikum dan hai semua. 

Okay kali ni kami sekelas ditugaskan untuk membuat sebuah video yang menggunakan shot flatlay. Tapi ni tugasan individu lah, bukan berkumpulan. Prof minta kami ambil 20 gambar makanan dan 20 gambar benda yang menggunakan shot flatlay.

Haa kalau semua nak tahu, flatlay ni ada empat jenis kedudukan kamera. Banyakkan? Okay meh dengar nak cerita sikit.

Yang pertama flatlay. Shot ni kedudukan kamera terletak pada 90 darjah. Aku rasa korang semua pro untuk shot ni sebab lazimnya kita ni sebelum nak makan akan ambil gambar dulu kan? Sanggup berdiri nak ambil gambar makanan tu, kena betul-betul on point. Haha.

Yang kedua, half flatlay. Kedudukan kamera 45 darjah. Ketiga, quarter flatlay. Kedudukan kamera 22.5 darjah. Bagi aku, kedua-dua shot ni agak susah sebab nak betul-betul jaga darjah tu. Bak kata Prof, kena ukur pakai pembaris. Hehe. Tapi, aku cuba jugak buat semampu yang boleh ambil gambar angle half dan quarter flatlay. Kalau nak tengok hasil dia, boleh tengok video kat atas tau.

Akhir sekali, zero flatlay. Dah nama pun zero kan? Jadi, darjahnya kosong jela. Nak senang cerita, kedudukan kamera tu betul-betul atas meja sebab takde darjah.

Okay tu saja perkongsian tugasan saya setakat ni. Jumpa next entri geng!





FATIN NUR SYAZIERRA BINTI SAHRIL (203303)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...