1. Bunting/Banner
Latar belakang warna kelabu:
Latar belakang ini dipilih kerana dapat menonjolkan lagi kasut serta
ingin memfokuskan kedudukan kasut tersebut.
Jenis bahan bunting:
Bunting yang akan disediakan adalah berbentuk
segi empat dan bahan yang akan digunakan untuk bunting tersebut ialah daripada
jenis polivinil klorida (PVC) iaitu sejenis plastik yang diklasifikasikan
sebagai bahan yang sangat tahan lama (sesuai digunakan untuk promosi luar) dan
tidak mudah koyak.
2. Pamphlet
Kasut yang akan dihasilkan akan
diletakkan dibahagian tengah gambar (center) supaya menjadi daya tarikan utama.
Jenama juga diletakkan dibahagian tengah gambar. Ini kerana pembeli semestinya
akan memandang jenama terlebih dahulu sebelum membeli terutamanya bagi peminat
jenama Eleven11.
Slogan
Slogan bagi jenama ini diletakkan juga
dibahagian atas supaya pembeli akan melihat syarikat kasut ini mempunyai
pegangan tersendiri. Bagi pemilihan warna tulisan mengikut warna tema kasut
iaitu merah hitam.
Latar Belakang
Latar belakang (background) pamphlet
adalah bertemakan ‘galaksi’ kerana dapat menyerlahkan kasut serta dapat menarik
minat pembeli. Malah kasut ini juga direka dengan rekaan sedemikian maka sesuai
dengan latar yang disediakan.
Laman Sesawang
Kedudukan website atau laman sesawang
bagi syarikat ini berada di sudut kanan
bawah sesuai kerana tidak mengganggu tujuan utama pengiklanan ini dilakukan
dalam masa yang sama memberikan pembaca mudah untuk mencari rujukan syarikat.
Selain itu saiz dan font yang digunakan juga tidak terlalu kecil dan tidak
terlalu besar.
3. Poster
Berdasarkan poster diatas dapat kita lihat bahawa terdapat gabungan warna yang sangat menarik dan dapat menarik lebih perhatian audiens. Warna latar belakang yang gelap iaitu hitam dan sedikit oren dilihat mampu untuk menaikkan gambar kasut didalam poster. Selain itu, warna kuning seakan-akan percikan api di belakang kasut dilihat bersesuai dengan latar belakang yang digunakan.
Selain
itu, motto atau slogan produk ditulis dengan besar agar mesej yang ingin
disampaikan kepada audien dapat disampaikan dengan baik dan jelas. Selain itu,
jenis font yang digunakan sangat sesuai. Saiz font juga besar agar tulisan
lebih jelas dan dapat dilihat dengan jelas oleh audiens. Warna font juga
bersesuaian dengan latar poster. Warna yang dipilih dapat dilihat kerana lebih
menonjol daripada latar belakang.
Nama
syarikat juga diletakkan dalam poster supaya audiens mengetahui dengan jelas
syarikat yang keluarkan produk tersebut. Nama dan logo syarikat diletakkan di
bahagian tengah atas supaya audiens jelas dan tahu dari mana syarikat itu
dikeluarkan dengan baik.
Susunan
yang digunakan dalam poster sangat baik dan tidak terlalu rumit. Hanya beberapa
elemen yang digunakan. Oleh itu, poster tidak terlihat semak dengan pelbagai
benda yang tidak berguna. Hal ini
menyebabkan poster tersebut mudah difahami kerana poster tersebut riingkas dan
berkesan.
4. Gambar/Foto
1. Posisi Kasut
Kedudukan kasut diletakkan pada
bahagian tengah gambar. Hal ini bertujuan untuk memastikan gambar kasut
tersebut menjadi tarikan atau mesej utama kepada pelanggan. Saiz kasut dalam
gambar ini juga agak besar dan mampu menarik minat sesiapa yang melihatnya.
2. Warna latar belakang & warna kasut
Warna latar belakang yang digunakan
dalam gambar ini ialah kelabu gelap. Warna kelabu gelap dipilih supaya bersesuaian dengan gambar
kasut yang bewarna putih. Pemilihan warna kelabu gelap sebagai latar belakang
membuatkan gambar kasut kelihatan lebih menyerlah dan menarik. Pemilihan warna
kasut juga penting untuk memastikan sesuatu gambar itu mampu menarik minat
pelanggan. Jadi, warna putih merupakan gabungan yang sesuai dengan warna latar
iaitu kelabu gelap.
3. Elemen teks
Elemen teks digunakan untuk
menjelaskan lagi gambar dan menjadi elemen penerangan kepada grafik. Saiz fon
yang digunakan tidak terlalu kecil dan juga bersesuaian dengan gambar tersebut.
Warna putih dipilih supaya elemen teks akan menyerlah. Penggunaan teks yang
bersesuaian dari segi saiz dan warna dapat membantu menyampaikan mesej dengan
baik. Penggunaan kotak yang bewarna merah di sekeliling bertujuan untuk
menaikkan dan meyerlahkan lagi penggunaan elemen teks yang terdapat di dalam
gambar.
4. Logo
Penggunaan logo sangat penting supaya
seseorang yang melihat foto atau gambar tersebut dapat mengenali sesuatu produk
atau perniagaan. Penggunaan logo dalam gambar ini juga berperanan sebagai
identiti dan mampu meyakinkan pelanggan terhadap produk atau perniagaan.
Penggunaan logo mestilah menarik dan tidak terlalu berat. logo yang terdapat
dalam gambar tersebut tersebut mampu menjadi ingatan jenama perniagaan kepada
pelanggan.
5. Billboard
4. Posisi kasut pula diletakkan ditengah-tengah untuk seimbangkan teks yang berada di kiri dan kanan kasut. Selain itu, kedudukannya strategi kerana pelanggan boleh melihat terus tanpa perlu membaca teks sahaja pembaca sudah mengetahui bahawa iklan tersebut adalah iklan kasut. Warna pada kasut tersebut yang berwarna merah dan bertali hitam itu amat sesuai di posisi itu.
Slogan syarikat kasut diletakkan dibawa untuk memberitahu kepada pelanggan bahawa slogan itu merupakan slogan kepada syarikat kasut. Slogan ini akan membuatkan pelanggan tertarik untuk membelinya. Kedudukan slogan di bawah bagi memudahkan pelanggan membacanya kelihatan akan tersusun sahaja.
6. Video
Pautan draf video iklan kasut:
Bahagian 1 (Saat 0-11):
Rakaman model berjalan memakai kasut
· Tujuan:
Memfokuskan fungsi kasut tersebut dan bagaimana ia kelihatan apabila dipakai.
Untuk memberi gambaran kepada audiens/pengguna.
Bahagian 2 (Saat 12-20):
Rakaman jarak dekat (zoom in) pada
kasut yang dipakai model.
· Tujuan :
Memfokuskan fitur-fitur dan reka bntuk kasut tersebut supaya audiens dapat melihatnya dengan lebih dekat dan jelas.
Bahagian 3 (Saat 21-23):
Rakaman kasut yang dipakai oleh model
dari jarak jauh bersama jenama kasut.
· Tujuan:
Untuk memaklumkan kepada audiens tentang jenama kasut tersebut
· Jarak dan sudut rakaman kasut tersebut pada ketika ini adalah
sedikit jauh kerana kasut bukan fokus utama tetapi masih di dalam konteks
· Oleh kerana fokus utama bahagian ini ialah jenama kasut, logo
“ELEVE11” diletakkan dengan saiz yang besar di sebelah kanan kasut.
· Pemilihan posisi jenama juga penting dan ia diletakkan di sebelah kanan agar menampakkan keseimbangan dalam grafik tersebut.
Rakaman kasut di posisi tertentu juga dibekukan beberapa saat agar audiens dapat melihat dengan jelas dan faham bahawa apa yang ingin disampaikan adalah kasut dan jenamanya – bersesuaian – bukan jenama beg, jenama kereta tetapi jenama kasut.
Bahagian 4 (Saat 23-25):
Slogan jenama/syarikat kasut
· Tujuan: Untuk menarik
perhatian audiens.
· “Every shoe has a story” merupakan slogan pilihan syarikat/jenama “ELEVE11."
Pemilihan warna-warna utama untuk keseluruhan skrin di bahagian ini adalah hitam, putih dan merah – cuma 3 warna agar ringan dan senang apabila dipandang.
· Pilihan warna putih pada teks “EVERY SHOE HAS A” adalah kontra dengan warna latar belakang, iaitu hitam. Dengan ini, teks tersebut akan kelihatan lebih menonjol dan jelas.
Pilihan warna merah pada teks “STORY” menunjukkan bahawa perkataan ini ingin ditekankan kepada audiens untuk memujuk audiens mencipta cerita sendiri melalui kasut tersebut – dapatkan dan alami secara sendiri – beli dan pakai.
Logo ringkas syarikat/jenama juga diletakkan untuk lagi sekali memaklumkan kepada audiens tentang jenama kasut tersebut.
· Logo tersebut juga dipilih untuk diletakkan pada bahagian atas kiri agar mendapatkan keseimbangan di dalam grafik tersebut yang mana dibahagian bawah kanan terletaknya teks “STORY.”
Pemilihan latar:
Latar belakang:
Pilihan latar belakang yang dicadangkan semasa membuat
rakaman ialah bertemakan ’outdoor’ supaya bersesuaian dengan fungsi
kasut yang dipakai untuk berjalan, melakukan aktiviti kasual.
Muzik latar:
Muzik yang dicadangkan ialah muzik yang rancak, suspens dan menarik –
agar audiens tidak mudah bosan menonton iklan tersebut dan ingin terus menonton
untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Durasi video:
Durasi video adalah selama 25 saat sahaja – durasi video yang di bawah
30 saat boleh dikatakan durasi yang ideal – ianya cuma video ringkas dan tidak
akan menggunakan banyak waktu audiens untuk menonton iklan ini tetapi masih
mengandungi informasi-informasi tentang kasut.
Info harga:
Harga kasut tidak dimasukkan di dalam video. Hal ini kerana, fokus
utama video ini adalah untuk memaklumkan tentang kasut yang baru sahaja
dikeluarkan oleh syarikat kepada audiens – bagaimana rupa bentuk kasut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan