Khamis, 8 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

Rujukan: 

Normaliza Abd. Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


Cerita Sosial 2 yang bertajuk Saya yang Istimewa menceritakan pada hujung minggu bapa Alim telah membawa pulang pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang dibelinya dari pasar tani. Buah-buahan itu terdiri daripada buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan banyak lagi. Abang Imran menyambut kepulangan bapa yang membawa bungkusan buah-buahan tersebut. Bapa meminta agar Abang Imran memanggil ibu, Madinah, Alim dan Aisyah untuk makan buah-buahan bersama.

Madinah melompat apabila melihat longgokan buahan sambil menjerit kegirangan manakala Aisyah terus berlari mendapatkan buah manggis dalam plastik. Sebelum makan, ibu sempat berpesan kepada Imran, Madinah, Alim dan Aisyah untuk meletakkan semua kulit durian ke dalam bakul sampah yang telah ibu sediakan berhampiran mereka. Kata ibu, untuk mengelakkan rumah daripada kotor dan bersepah. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah masing-masing menganggukkan kepala mereka sebagai tanda faham.

Alim memecah kesunyian dengan memberi cadangan kepada ibu bapanya agar memberikan sedikit buah-buahan itu kepada Sulaiman, rakan merangkap jiran mereka. Alim masih mengingati pesanan ibu dan bapanya bahawa berkongsi makanan mahupun barangan yang kita suka merupakan sebuah amalam yang terpuji. Ibu memuji sikap Alim yang sempat berfikir akan perihal orang lain dan ingin berkongsi buah-buahan itu. Lantas, ibu mengasingkan beberapa longgok buah rambutan dan manggis lalu memasukkannya ke dalam bungkusan plastik.

Alim segera berlari mendapatkan Sulaiman yang tidak jauh dari rumahnya. Kini, bungkusan plastik yang terisi buah-buahan itu bertukar tangan. Sulaiman sempat mengucapkan terima kasih kepada Alim sebelum rakannya itu pulang kembali ke rumah. Alim berasa amat puas dan gembira kerana telah membuat sesuatu perkara yang baik. Dia percaya, abang Imran, kak Madinah dan juga Aisyah akan mengamalkan sikap berkongsi ini seperti yang sering dipesankan oleh ibu bapanya. Baginya, tidak rugi sekiranya kita berkongsi rezeki dengan orang lain.

Alim segera membantu abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapanya mengemas rumah setelah selesai makan bersama tadi. Kemudian, dia membuang bungkusan plastik sampah yang berisi kulit buah-buahan itu ke dalam tong sampah besar di luar rumah mereka. Apabila sampai di perkarangan rumahnya, dia terserempak dengan ibu Sulaiman bernama Mak Cik Timah yang ketika itu sedang menyapu lantai di luar rumahnya. Mak Cik Timah menyapa Alim lalu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah berkongsi buah-buahan dengan anaknya, Sulaiman. Alim membalas ucapan terima kasih itu dan berbual seketika dengan Mak Cik Timah. Alim memberitahu kepada Mak Cik Timah bahawa ibu bapanya sering berpesan untuk berkongsi makanan atau barangan dengan orang lain. Hal ini kerana, sikap berkongsi itu sebuah amalan yang mulia dan terpuji. Bukan itu sahaja, ibu turut berkata bahawa Mak Cik Timah, Pak Cik Yakub dan Sulaiman merupakan jiran yang baik. Sebagai jiran, kita perlu berbuat baik sesama jiran.

Mak Cik Timah bersetuju dengan kata-kata Alim dan hatinya berubah menjadi sedih. Mak Cik Timah sebenarnya gembira kerana Sulaiman mempunyai rakan yang baik seperti Alim. Dia tidak menafikan bahawa Alim merupakan seorang yang begitu baik budi bahasanya. Mak Cik Timah sempat berdoa dalam hatinya agar kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga sentiasa dipelihara oleh-Nya.








Fatin Nur Syazierra binti Sahril (203303)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...