Rujukan:
Normaliza Abd. Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.
Nota:
Close-up merupakan sebuah teknik grafik yang memfokuskan wajah seseorang atau sesuatu perkara di mana kedudukan kamera sangat hampir dengan objek. Motif teknik ini adalah untuk memperlihatkan riak wajah, perkara atau aktiviti dengan lebih jelas dan teliti.
1. Manusia
Gambar menunjukkan close-up seorang kanak-kanak yang tersenyum sehingga terlihat beberapa batang giginya. |
Gambar merujuk kepada seorang kanak-kanak yang diambil secara close-up sehingga jelas raut wajah comelnya. |
Teknik close-up telah digunakan saat kanak-kanak ini sedang makan dan terdapat sisa makanan di sekeliling bibirnya yang comot. |
Kelihatan seorang kanak-kanak menunjukkan emosi gembira dengan tersenyum simpul sehingga menampakkan dua batang giginya. |
Gambar di sebelah menunjukkan close-up bagi seorang kanak-kanak yang sedang melihat di sisi kanannya. |
Gambar menunjukkan teknik close-up bagi seekor kerbau sehingga menampakkan lidahnya. |
Gambar merujuk teknik close-up yang diambil pada seekor lembu pada waktu malam. |
Gambar di atas memaparkan seekor hamster di atas telapak tangan seseorang.
|
Gambar menunjukkan seekor kucing yang memandang ke arah kiri kamera. |
|
Gambar menunjukkan beberapa kuntum bunga berwarna putih dan kelabu bersama daunnya yang berwarna hijau kekuningan. Jika diteliti, teknik close-up ini turut menampakkan beberapa ekor semut di sekitar bunga tersebut. |
Gambar merujuk tiga kuntum bunga berwarna putih di mana setiapnya mempunyai lima kelopak di kelilingi dedaunan menghijau.
|
Gambar bunga kertas berwarna ungu ini telah dibasahi hujan dan teknik close-up telah menampakkan titis-titisan air hujan tersebut. |
Gambar di atas menunjukkan pokok kaktus yang dipenuhi duri-duri tajam.
|
|
|
Gambar di atas menunjukkan beberapa paket sos cili MacDonald. |
Gambar merujuk kepada snek makanan ringan yang dipenuhi dengan serbuk perasa makanan. |
Gambar menunjukkan sebekas alat solek iaitu pembayang mata yang mempunyai pelbagai warna dan terdapat dua batang berus kecil. |
Gambar di atas menunjukkan beberapa batang pensel warna di mana teknik close-up telah digunakan.
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan