Saya, Fatin Nur Syazierra binti Sahril no. matriks 203303 dengan ini mengakui bahawa setiap tugasan yang dilakukan sama ada individu mahupun kumpulan merupakan hasil usaha saya sendiri dan juga ahli kumpulan saya iaitu Dahlia. Kami tidak meniru atau melakukan plagiat atas hasil karya individu lain.
Tugasan kalini iaitu tugasan yang terakhir untuk kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa, kami perlu buat satu posting di Instagram masing-masing yang bertemakan sepi. Sepi ni macam sedih pulak kan? Sunyi je hidup. HAHA.
Okay lah, kalau nak tahu saya buat posting apa, boleh tengok kat bawah ye.. Tapi, jangan kecam pulak ehhhh..
Kat bawah ni pulak komen-komen yang telah saya tinggalkan di ruangan posting rakan-rakan.
Baiklah, memandangkan ni posting terakhir saya untuk kursus Multimedia dalam Bahasa, saya nak ucapkan terima kasih pada yang sudi singgah di blog saya selama 14 minggu ni.
InsyaAllah, akan bersambung jugak posting dalam ni. (kalau rajin.. hehe)
Tugasan kalini saya perlu hasilkan sebuah video temu bual antara saya dengan orang yang akan ditemu bual.
Saya buat tajuk Situasi Pelajar di Kolej Sepanjang Lockdown. Saya telah menemu bual seorang pelajar universiti yang tinggal di kolej iaitu Cik Melly. Saya ada tanyakan beberapa soalan kepadanya tentang bagaimana pelajar-pelajar yang sedang berada di kolej menjalani kehidupan seharian sepanjang perintah kawalan pergerakan dijalankan pada masa sekarang. Adakah cukup bekalan makanan mereka? Bagaimana mereka mendapatkan barangan keperluan?
Kalau nak tahu apa yang dijawab oleh Cik Melly, jom kita saksikan video temu bual saya kat bawah. Nak tekan link Youtube tu pun boleh.
Normaliza Abd. Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Assalamualaikum dan hai semua. Tugasan kalini, saya perlu buat resensi sebuah buku yang bertajuk Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Buku ni ditulis sendiri oleh Prof. saya iaitu Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim. Buku ni merupakan terbitan Penerbit Universiti Malaysia Terengganu yang diterbitkan pada tahun 2019.
Seterusnya, halaman buku ini berjumlah 98 muka surat yang terdiri daripada 7 bab. Kat bawah ni saya kongsikan gambar kulit depan buku.
Kat bawah ni pula saya kongsikan video saya untuk lebih mendalam tentang resensi buku ni. Jemput tengok ye. Selamat menonton semua.
Kali ni kami sekelas perlu post satu gambar yang bertemakan suasana di akaun Instagram masing-masing. Nak tengok gambar saya tak? Okay jom tengok kat bawah.
Rindukan nak pergi pasar malam? Kalau kat tempat saya, setiap hari Selasa ada pasar malam. Isnin dan Jumaat pun ada jugak, tapi kat taman sebelah. Memang best betul kehidupan sebelum Covid. Huuu sedihnyaa. Harapnya Covid ni cepat-cepat lah pergi kan? Janji, kita kena mainkan peranan kita jaga SOP tau kawan-kawan.
Kat bawah ni yang dah saya komen dalam posting kawan-kawan pula.
Okay sampai sini je perkongsian saya. Jumpa lagi ye kawan-kawan.
Assalamualaikum dan hai semuaaa. Okay, hari ni saya nak kongsi sikit tentang kopi.
Eh, bukan saya yang nak kongsikan tapi Dr. Alia. Saya ada tengok rancangan sembang tamu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajuk kali ni menarik sikit tentang Misteri Kopi. Semua mesti tertanya-tanya, apa yang misterinya kopi ni? Pertama, bau dia. Saya pasti ramai yang suka bau kopi, walaupun ada yang tak suka minum kopi. Ha misteri kan? Haha kalau nak tahu lebih lanjut lagi misteri kopi ni boleh tengok ulangan video di bawah atau klik je link Youtube tu tau..
Jumpa lagi kita dalam entri kali ni. Nak cerita apa eh? Kita cerita tentang keindahan nak? Jom, saya ada buat sedikit perkongsian tentang tema keindahan kat bawah. Hehe.
Kat bawah ni komen yang saya tinggalkan di ruangan akaun Instagram kawan-kawan.
Okay tugasan untuk kali ni kami perlu menceritakan sebuah kisah yang berkaitan dengan alam semula jadi. Haa, kalau sebut alam semula jadi wajib lah kena ada gambar kan? Okay jom kita tengok perkongsian kat bawah ni. Baca tau, jangan tak baca.
Kat bawah ni pulak yang saya retweet perkongsian kawan-kawan.
Okay untuk tugasan Minggu 11 ni kami perlu menceritakan kisah sedih yang pernah terjadi dalam hidup kami sebelum ni. Nak dengar cerita sedih tak? Okay jom..
Ni pulak komen yang saya tinggalkan di ruangan akaun kawan-kawan.
Jumpa lagi kita minggu ni. Kalau ikutkan dah minggu 11 ni, hehe. Okay yang menariknya minggu ni, Prof. kami dijemput oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam rancangan sembang tamu untuk berkongsi pandangan dan pengalaman beliau.
Dan apa yang menariknya ialah tajuk sembang tamu ni sangat relevan dengan masyarakat Malaysia sekarang terutamanya anak-anak muda remaja macam saya. Hehe. Ha nak tahu tajuk dia?
DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI
Haa menarik kan? Sebab rata-rata masyarakat sekarang memang layan kdrama. Sebab apa? Sebab OPPA lah, apa lagi.. Hahaha.
Tapi jangan risau, Prof. Normaliza berikan pandangan beliau dari sudut yang sangat positif berkaitan drama korea ni. Nak tahu apa yang Prof. kami kongsikan? Jom kita tengok video ulangan kat bawah atau tekan je link Youtube tu okay?
Haa macam mana? Best kan perkongsian rancangan ni. Okay, sekarang saya pulak nak kongsi dengan awak semua progress saya sebelum, semasa dan selepas rancangan ni. Jom, kita lihat sama-sama.
SEBELUM
Saya ada promosikan rancangan ni kat tiga platform sosial media sebelum bermulanya rancangan.
Instagram
Twitter
Facebook
SEMASA
Sepanjang rancangan dijalankan pula, saya mengambil peluang untuk bertanyakan soalan yang berkaitan.
Prof. sempat menjawab persoalan saya ni. Jawab beliau, terpulang kepada ibu bapa itu sendiri dalam memilih drama-drama atau filem-filem yang bersesuaian dengan umur anak-anak mereka. Ibu bapa yang perlu memainkan peranan dalam mengawal dan mengawasi setiap apa yang ditonton oleh anak-anak terutama sekali yang masih dibawah umur. Tapi tak perlu risau, sebab sekarang semua drama dan filem sudah ditapis sebelum disiarkan di televisyen dan memberi peringatan had umur di awal siaran. Terjawab sudah persoalan saya, terima kasih Prof.
SELEPAS
Berakhir je rancangan, tiba masa untuk memberi komen pula dalam tiga platform sosial media. Beri pendapat dan pandangan terhadap keseluruhan rancangan.
Instagram
Facebook
Twitter
Selesai sudah untuk tugasan saya pada kali ni. Jumpa di lain entri ye kawan-kawan semua.
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.
Assalamualaikum dan hai semuaaa.
Jumpa lagi kita. Nak tengok video tak? Jom semua tengok video daripada kumpulan saya.
Kami buat video yang bertemakan fokus di mana wajah kami tidak kelihatan. Hanya sesuatu yang kami jadikan sebagai subjek. Nak tahu apa sesuatu tu? Jom, kita tengok video kat bawah ni. Takpun, tekan je link tu okay!
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.
Assalamualaikum dan hai semua.
Okay jom kita tengok video nak? Tapi video ni bertemakan tragedi. Jadi ada sesuatu yang tragis akan berlaku. Saya bagi amaran awal-awal. Siapkan tisu kat sebelah. Sob...
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.
Assalamualaikum dan hai semua.
Eh! Jumpa lagi kita kan? Hahaha. Okay jangan murung. Kali ni entri saya berbeza sikit ya sebab ada video seram yang saya nak kongsi dengan awak semua. Siapa yang takut tu, tutup mata okay. Haha, tak tak. Gurau jee. Hehe. Semoga terhibur semua..
Boleh klik video kat bawah. Takpun tengok kat link youtube yang saya letak kat bawah tu okay!
Okay dalam entri ni saya nak kongsi dengan awak semua tentang tugasan yang prof beri pada kami. Kami perlu buat satu kapsyen yang bertemakan kesedaran dan tweet di akaun Twitter masing-masing.
Ni tweet saya.
Bawah ni pula tweet kawan-kawan saya. Jemput baca semua.
Okay semua. Terima kasih sebab sudi singgah di blog saya. Jumpa lagi yaaaa di entri seterusnya.